Ini bukan usaha menciplak atau meniru jua menidakkan hak cipta karya-karya Faisal Tehrani. Sekadar salinan untuk pedoman semua.
Kain berlipat dalam istana,
Pakaian puteri raja kayangan,
Sepatah nasihat ilmu yang berguna,
Secubita rasa jadi kenangan.
Anak Cina bertimbang mandat,
Dari Mengkasar langsung ke Deli;
Hidup di dunia kita beradab,
Bahasa tidak berjual beli.
Anak angsa mati lemas,
Mati lemas di air masin;
Hilang bahasa kerana emas,
Hilang budi kerana miskin.
Anak raja mudik ke Daik,
Mauk ke taman mandi di kolam;
Kalau asal bajak yang baik,
Sedikit dicanai menjadi tajam.
Apa guna pasang pelita,
Jika tidak dengan sumbunya;
Apa guna bermain mata,
Kalau tidak dengan sungguhnya.
Hairan memandang gajah mina,
Tempat berdiam di dalam laut;
Culas malas menjadi hina,
Tali manila menjadi sabut.
Isi beras dalam ceper,
Jangan isi dalam cepu;
Kalu tidak habis fikir,
Kerja serenpak kena tipu.
Kalau tuan pergi ke hulu,
Singgah bermain tepi pangkalan;
Hendak turut, turut selalu,
Jangan turut sekerat jalan.
Kertup-kertap bunyi ditutup,
Kunci pintu malam-malam;
Air laut hijau siapa celup?
Duri di hutan siapa pertajam?
Lagi lebai lagi berjanggut,
Naik ke balai berhinggut-hinggut;
Sahaja Pak Lebai buta perut,
Haram halal bubuh di mulut.
Lebai hujan dari hulu,
Anak rusa mandi terngadah;
Jangan tuan bersumpah dahulu,
Ingat dosa kepada Allah.
Pagi-pagi masak kanji,
Makan dahulu melapikkan perut;
Cakapan kosong tiada berisi,
Menjadi dusta bercampur karut.
Padi segenggam habislah lecuh,
Tidak boleh ditumbuknya lagi;
Kehendak Allah juga yang sungguh,
Tidak boleh kehendak hati.
Tikar pucuk, tikar mengkuang,
Tempat duduk Raja Melayu;
Ika busuk jangan dibuang,
Buat perencah daun kayu.
Lumba-lumba main gelombang,
Riaknya sampai ke Indergiri;
Cuba-cuba menanam mumbang,
Jika hidup turus negeri.
Kalau ada peria pahit,
Belanga baru jerang udang;
Kalau ada budi baik,
Jadi abu dikenang orang.
Tuesday, November 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
blog apakah ini?hanya ada puisi?
haha.. i love li bai..
Post a Comment